Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Mengadu Sakit, Anak Hanis Zalikha Masukkan Putik Bunga Ke Dalam Hidung

today16 February 2021

Background

Anak-anak kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, semakin dikenali kerana aktif di media sosial dengan perkongsian yang menarik untuk tatapan peminat.

Terbaharu pada 15 Februari 2021, Hanis telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Melalui hantaran itu, Hanis memberitahu tentang Alisa yang telah memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidungnya.

Beliau menulis pada ruangan caption:-

“Cerita hari tu. Masa tengah bukak bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung and kata sakit sakit! Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu. Menjerit Mommy “Alisa did you put this in your nose?!” dia pun menjerit jugak “I AM SORRY MOMMY”. Ahahahaha tiba-tiba cakap sorry ni, betul lah tu. Check mata kasar memang clear je lubang hidung dia tu. Nasib baik Daddy rajin beli gadget2 untuk check telinga lah apa lah. Berguna time cemas. Terus ke emergency dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor ?”

Kesiannya Alisa!

Hanis berkata, Alisa mengambil putik bunga daripada bungkusan hamper yang dibukanya sebelum itu.

Mujurlah tiada perkara yang lebih teruk berlaku kepada Alisa selepas itu.

Namun bagus reaksi Alisa yang memohon maaf kerana menyedari kesilapan yang dibuatnya.

Kecil-kecil pun dah tahu kalau buat salah kena minta maaf.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat perhatian di ruangan komen.

Nampaknya, selepas ini gerak-geri anak-anak di rumah perlu lebih diberi perhatian kerana khuatir perkara seperti ini berlaku lagi.

 

Baca artikel berkaitan: Rumah Dipuji Seakan Hotel, Ramai Mahu Hairul Azreen Buat House Tour

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

yq-myinsp-15122021

Sosial

Remaja Dirogol Dalam Lokap, 11 Pegawai Polis Cuai Jalankan Tugas Berdepan Tindakan Disiplin

Kejadian rogol melibatkan gadis berusia 16 tahun di lokap balai polis di Miri telah menjadi perhatian netizen. Difahamkan, seramai 11 pegawai kanan polis dan berpangkat rendah berdepan tindakan disiplin berhubung kes tersebut. Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman, Zamri Yahya mengatakan pegawai yang didapati cuai dalam menjalankan tugas mereka akan diturunkan pangkat atau dibuang kerja. Sebelum ini, dua orang anggota polis yang bertugas pada... Klik sini untuk […]

today16 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *