Pelakon Nabila Huda sentiasa aktif dengan perkongsiannya di laman Instagram.
Terbaharu pada 23 Disember 2020, Nabila yang lebih mesra disapa Abil itu telah memuat naik satu video di Instagram.
View this post on Instagram
Menurut kapsyen:-
“Khas untuk anda yang merindui kak mitch.
Terima lah..Bunga-bunga cinta! @mishaomar?”
Video tersebut menunjukkan Abil membuat miming lagu Bunga-bunga Cinta nyanyian popular Misha Omar.
Aksi itu kelihatan sangat mirip dengan gaya Misha.
Nah, tengok ni!
Video tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti yang terhibur dengan perkongsian itu.
Sumber: Instagram Nabila Huda dan YouTube MishaOmarVEVO
Post comments (0)