Umum mesti sudah mengetahui tentang isu besar berkaitan dengan seorang pendakwah bebas iaitu Da’i Syed yang dikatakan telah merogol seorang gadis di kediamannya dekat Shah Alam.
Terkini, pada 16 November lalu, pendakwah muda itu sudah ditahan bagi membantu siasatan ketika menghadirkan diri di Balai Polis Shah Alam bagi memberikan kenyataan.
Gambar pendakwah tersebut yang digari telah mendapat perhatian netizen sehingga menjadi topik perbualan segelintir daripada mereka.

Ada yang menyamakan penampilan pendakwah berkenaan seperti pelakon Ben Amir yang turut mempunyai gaya rambut panjang.
Perkara itu telah mendapat perhatian pelakon berusia 30 tahun itu sehingga dia memuat naik satu twit.

Kesian Ben Amir, tak pasal-pasal nama dia kena kait dengan kes tu ya.

Netizen pun kalau nak bergurau jangan la sampai kaitkan dengan isu besar macam tu risau stress pula Ben nanti, hehe!

Tapi nasib baik la mereka memang tak confuse pun antara Ben dan pendakwah tersebut, jauh ya beza mereka berdua ni!
Post comments (0)