Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Minta Untuk Lockdown, Micheal Ang Sanggup Tanggung 2 Keluarga Asnaf Selama 2 Bulan

today7 May 2021

Background

Sejak kebelakangan ini, kes Covid-19 dilihat meningkat naik sekaligus mencetuskan kebimbangan semua pihak, perkara itu turut mendapat perhatian pengarah yang sering dikaitkan dengan isu kontroversi, Micheal Ang.

Mungkin ramai yang sudah mengenali personaliti dirinya sebagai seorang yang agak sedikit lancang dalam bertutur, hal yang demikian kerana beliau sering meluahkan pendapatnya mengenai isu-isu tertentu.

Pada 26 Mac lalu, pengarah ini berang soal sesetengah pihak yang ‘pijak kepala’ jika diberi sebarang kelonggaran namun kali ini berbeza pula luahannya mengenai isu peningkatan penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia.

Memuat naik 2 video baharu di laman Instagram miliknya, Micheal Ang menyuarakan beberapa ‘cadangan’ serta mahu turut bantu golongan yang benar-benar tidak berkemampuan dan golongan asnaf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Idea yang diajukan oleh pengarah ini telah meraih perhatian warganet sekali gus menjentik kerisauan ramai mengenai impak ‘jika’ cadangan itu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Micheal Ang dan beberapa selebriti ada mengakui bahawa mereka sanggup menghulurkan bantuan kepada fakir miskin serta mahu menanggung dua keluarga sepanjang tempoh 2 bulan yang dicadangkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini.

Walau bagaimanapun, sebarang tindakan atau arahan mengenai isu ini haruslah diserahkan kepada pihak-pihak yang lebih bertanggungjawab, pastinya kesan mahupun kelebihan daripada tindakan itu telah dibincang dan diperhalusi dengan teliti.

Usah bertelagah atau menuding jari ke mana-mana pihak, adalah lebih baik jika kita sentiasa ‘mendoakan’ yang baik-baik serta saling membantu meringankan beban serta mendokong keperluan fizikal mahupun mental.

Apa yang pasti, patuhi segala arahan yang telah ditetapkan dan marilah sama-sama berganding bahu membantu pihak barisan hadapan menyekat penularan wabak Covid-19.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Micheal Ang

Written by: Azra Azuar


Previous post