Isteri kepada Noh Hujan iaitu Shazrina Azman atau lebih dikenali dengan nama Mizz Nina suatu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia seni apabila mengambil keputusan untuk berhijrah ketika namanya sedang meningkat naik.
Walaubagaimanapun, sehingga kini, beliau masih lagi muncul di kaca televisyen malah bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah selain terkenal sebagai aktivis muslimah melalui rancangan berkaitan gaya hidup Islam.
Terbaharu, wanita yang berusia 40 tahun itu telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama Qalby App.

Aplikasi tersebut kini telah tersedia di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu, namun ia sedang dalam peringkat beta-testing dan telah dilancarkan secara rasmi pada awal Disember 2020.
Menerusi salah satu posting terdahulu di akaun Instagram miliknya, tujuan utama aplikasi tersebut diwujudkan ialah untuk berkongsi mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi.
Menurutnya lagi, Qalby App menyediakan ciri-ciri seperti e-Journal, waktu solat, bacaan al-Quran, arah kiblat, koleksi doa, video ilmiah dan banyak lagi.
Sejak Qalby App tersedia di Google Playstore, aplikasi itu telah dimuat turun oleh ramai pengguna yang turut berkongsi kegembiraan selain terdapat permintaan dalam kalangan pengikutnya:-



Rupanya mereka meminta supaya aplikasi tersebut menyediakan dwi-bahasa supaya ia dapat lebih mudah untuk difahami.
Semoga komen-komen di atas dapat diusahakan oleh Mizz Nina dan dipermudahkan segala urusannya.
Apa-apa pun tahniah buat Mizz Nina, Hot FM tumpang bangga dengan pelancaran ini dan ingin mengucapkan selamat maju jaya!
Sumber foto: Instagram Mizz Nina
Post comments (0)