Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muat Naik Foto Jahit Bibir, Zarina Anjoulie Dikatakan Ubah Ciptaan Tuhan

today8 October 2020

Background

Nama pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju tidak asing lagi kerana kelantangan dirinya yang sentiasa menjadi perbualan hangat netizen dan pengikutnya di rata-rata laman sosial.

Terbaru, Anju memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir dengan kesan jahitan, seperti baru sahaja melakukan pembedahan di sebuah klinik pembedahan kecantikan.

https://www.instagram.com/p/CGB9k7cMv8p/#

Menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram miliknya, Anju memberitahu dia ‘memperbetulkan’ bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalaninya.

“Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic , nanti Anju buat video ok,” 

Of course sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, netizen tidak duduk diam. Entri tersebut nampaknya mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk yang mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan, tidak kurang juga yang berpendapat mungkin Anju mempunyai masalah dengan keadaan bibirnya yang menyebabkan dia perlu melakukan pembedahan itu.

Ngeri juga apabila melihat kesan jahitan tu. Namun setakat ini Anju tidak memberikan sebarang komen mengenai pembedahan bibirnya dan dia juga dilihat menutup ruangan komen di Instagram miliknya. Tak apa lah, husnuzon je mungkin Anju mempunyai masalah kesihatan yang kita tidak tahu kan.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Safawi diperkenalkan secara rasmi [VIDEO]

Kuala Lumpur: Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal. President Portimonese SC Rodiney Sampaio berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi ke dalam pasukan kelabnya dapat menguatkan lagi barisan serangan memandangkan bintang Johor Darul Ta'zim itu mempunyai kemahiran teknikal yang baik. "Ramai masih belum tahu mengenai dia (Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami... Klik sini untuk baca artikel […]

today8 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *