Penyanyi, pelakon dan model Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ataupun lebih mesra dipanggil Daiyan ketika ini sedang menjalani penggambaran sebuah filem Projek Anchor SPM yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Membawa watak sebagai seorang pelajar sekolah yang akan menduduki SPM, Daiyan turut berkongsi rasa teruja dengan memuat naik ‘slip peperiksaan SPM’ dan kad pengenalan olok-olok sebagai prop untuk filem itu di IG storynya.

Namun ada pula warganet yang salah anggap menyangkakan kad pengenalan itu adalah kad original pelakon itu sehingga dirinya ‘ditegur’ oleh warganet.
Tampil mempertahankan diri, Daiyan memuat naik status di IG story memberitahu bahawa kad pengenalan itu adalah palsu dan tidak mungkin dirinya akan memuat naik foto kad pengenalan yang sebenar di laman sosial.

“takkan la saya nak post ic sebenaer saya tak censor come on la guys agak2 la. Nama kat situ Aaidaa Zubir ok jangan risau ye it’s a fake ic” tulis daiyan di IG Storynya
Mungkin kerana terlalu banyak mesej yang diterima, disebabkan itu Daiyan memuat naik IG story menjelaskan ianya adalah palsu.
It’s okay Daiyan, mungkin ada sesetengah yang tidak mengetahui nama di IC itu bukan Daiyan. Kita husnuzon jelah k!
Sumber : Instagram Daiyan Trisha
Post comments (0)