Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Muat Naik Foto Mesra Bersama Kekasih Sambut Valentines, Janna Nick Sekali Lagi ‘Ditegur’ Netizen

today16 February 2021

Background

Baru-baru ini pelakon dan pengacara sensasi iaitu Janna Nick memuat naik foto berdua bersama kekasihnya Dini Schatzmann di laman Instagram miliknya, namun foto yang di muat naik itu menjadi perhatian netizen pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Sempena Hari Valentine’s Day pada 14 Februari lalu, Janna menulis kapsyen romantis untuk Dini :

“A late Valentine’s wish:
You’re my first valentine…
I never thought that I would find someone like you.
My whole life I never searched for love..
all I focused on was my family & my career.
Before you came into my life, I was already happy.
But now , you changed my definition of happiness.

I love you so much @dinischatzmann”

Menerusi kapsyen itu, Janna meluahkan rasa tidak percaya kerana akhirnya dia berjumpa seseorang seperti Dini, kerana katanya selama ini beliau hanya fokus kepada keluarganya dan karier sebelum berjumpa kekasihnya itu.

Dalam pada itu apabila meninjau di ruangan komen, ramai pula netizen yang mempersoalkan mengapa Janna menyambut perayaan itu sehingga ramai yang menegur bahawa Valentines Day berkenaan adalah haram disambut oleh umat Islam.

Sementara itu, ada pula yang mempersoalkan gambar yang di muat oleh Janna itu memperlihatkan tangan Dini yang diletakkan di atas peha pelakon berkenaan, dianggap kurang manis kerana mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah.

It’s okay Janna, orang tua tua pernah berkata, tegur tu kerana sayang.

Ambil teguran yang baik dan jadikan sebagai iktibar.

Kami pun doakan supaya Janna dipanjangkan jodoh dan cepat-cepat kahwin, Amin!

Sumber : Instagram Janna Nick

Baca artikel berkaitan : Dini Schatzmann 2 In 1, Merangkap Kekasih Dan Personal Coach Janna Nick

Written by: Fieyna Azman


Previous post

pfizer-vaccine-Reuters-11

Sosial

Vaksin Pfizer-BioNTech Tiba 21 Feb, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Akan Bermula 26 Feb

Vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech dijangka tiba pada 21 Feb ini, kata Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today. Manakala Muhyiddin turut berkata bahawa pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula akan bermula 26 Feb dan beliau sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari itu bersama petugas barisan hadapan. As announced by PM @MuhyiddinYassin, we will receive our first shipment of Pfizer vaccines on 21... […]

today16 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *