Umum mengetahui, pereka fesyen terkenal Dato’ Rizalman Ibrahim telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu.
Berita gembira itu turut diumumkan sendiri oleh pihak UiTM menerusi Facebook rasmi mereka pada 16 Oktober lalu.

Pada 11 November, Dato’ Rizalman telah memuat naik sebuah foto beliau secara rasminya mengenakan pakaian lengkap institusi berkenaan di laman Instagram miliknya.
Selain itu, beliau turut menambah beberapa foto lain melalui posting yang sama dengan berpakaian baju melayu serta songkok.

Rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk memuji ketampanan Dato’ Rizalman selain turut dihujani ucapan tahniah.
“Tahniah atas pelantikan. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t,”
“Kalau segak dan berkualiti lagu ni nak tayang berapa kali pun kami x sakit hati aih.. Tahniah Dato’ UiTM dihatiku,”
“Tahniah Dato’ sirih pulang ke gagang,”
“Segak sungguh anak teghona ni noo,”
Beliau yang juga merupakan alumni UiTM, adalah graduan daripada Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen bermula pada tahun 1989-1993.
Selain itu, pencapaian terbaik yang pernah disandangnya ketika menuntut di ITM (kini dikenali sebagai UiTM) adalah Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) dan Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).
Sumber daripada: Instagram Rizalman 71 & Seismik
Post comments (0)