Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Muat Naik Foto ‘Seksi’, Janna Nick Dah Putus Dengan Kekasih?

today3 December 2020

Background

Menjadi seorang selebriti pastinya membuatkan diri mereka sentiasa diperhatikan oleh netizen sehingga ada yang akan menilai setiap perbuatan yang mereka lakukan.

Seperti contoh berlaku kepada pelakon cantik manis, Janna Nick apabila ruangan komen gambar di laman Instagram miliknya dihujani komen berbaur negatif.

Pelakon drama Leftenan Zana itu telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia berada di sebuah gimnasium.

Rata-rata komen yang ditinggalkan bercakap mengenai tubuh badannya.

Netizen turut menegur pakaian yang dikenakan oleh pelakon berusia 25 tahun ini kerana ia agak ketat.

Sebelum ini Janna juga pernah ditegur oleh netizen apabila beliau memuat naik fotonya memakai baju sukan ketika sedang berbasikal.

Tetapi kalau nak bersukan kita memang digalakkan untuk memakai pakaian yang selesa supaya tidak mengganggu ketika bersukan kan?

Dalam masa yang sama, ada juga yang bertanya tentang hubungan cintanya bersama dengan pelakon Dini Schatzmann kerana jika dilihat di Instagram Janna, gambar kekasihnya itu sudah tidak kelihatan lagi.

Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja okay!

Baca juga artikel sebelum ini:

Foto Berbaju Sukan Janna Nick Jadi Kontroversi, Netizen Tegur Jaga Aurat

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Dortmund mara pusingan 16 terakhir

Dortmund: Borussia Dortmund mara ke saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara walaupun kapten Lazio, Ciro Immobile menjaringkan penalti babak kedua untuk seri 1-1 ketika menentang bekas kelabnya di Jerman. Keputusan di Signal Iduna Park bermakna Dortmund memerlukan kemenangan di Zenit St Petersburg pada Khamis depan untuk mara sebagai pendahulu Kumpulan F. Lazio yang menduduki tangga kedua dan satu mata di belakang Jerman turut mara jika mereka seri di tempat sendiri menentang […]

today3 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *