Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki kacak Remy Ishak yang menjadi kegilaan ramai peminat terutamanya wanita ni kan?
Selepas lakonannya dalam drama rantaian Nur Kasih, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei bin Ishak semakin mendapat perhatian malah sehingga kini beliau masih menjadi sebutan ramai.
Terbaharu, pelakon yang berusia 38 itu telah memuat naik sekeping foto memaparkan seorang wanita menerusi laman Instagram miliknya.
Wah, jarang-jarang berlaku ye!
Tanpa sebarang kapsyen, selain wajahnya ditutup dengan pelitup muka dan hidung, pastinya ramai yang tertanya-tanya siapakah gelaran wanita bertuah itu.
Namun, sehingga kini tiada pengesahan dibuat oleh anak kelahiran Melaka itu.
Terdahulu, Remy pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan, namun dilapor putus kira-kira pada Mac 2019.
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar Remy dipertemukan jodoh yang baik dan agar segala urusannya berjalan lancar serta dipermudahkan..
Sumber foto: Instagram Remy Ishak
Post comments (0)