Siapa sangka daripada sebuah lagu dapat membuatkan dua hati kini sudah bersatu…
Itulah apa yang terjadi kepada penyanyi lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) yang kini sedang dilamun cinta bersama dengan gadis di dalam Music Video lagu tersebut.
Sebelum ini, Harith Zazman telah membuat kenyataan bahawa lagu Cute itu ditulis khas untuk gadis yang bernama Nuramalina Ghakashah ketika sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu.
Pada 6 Disember lalu, Harith telah memuat naik satu video pendek di laman Twitter miliknya memperlihatkan Nuramalina atau lebih mesra disapa dengan panggilan Leeghksh itu menitiskan air mata.
Tidak boleh untuk saya balas kesemuanya, Happy Birthday @leeghksh ✨💛 pic.twitter.com/VoriMCelTg
— Harith Zazman (@harith_zazman) December 6, 2020
“Heyy, don’t cry! Kenapa? Saya buat awak sedih ke? Awak mungkin tak perlukan ni tapi awak deserve this. Apa la nak bandingkan ni dengan awak yang datang dalam hidup saya?”
Video itu dimuat naik bersempena hari lahir Leeghksh yang ke-28 tahun.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang mana mereka turut berasa terharu apabila melihat video tersebut.
Maka dengan itu ramai la golongan single menjadi bertambah sendu melihat video tersebut, apa pun kita doakan supaya hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin!
Post comments (0)