“Menunggu pahlawan kecil hamba,”
Itulah kapsyen yang ditulis pelakon popular Nad Zainal yang memuat naik beberapa keping foto melalui laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Nampaknya Nad seperti memberi bayangan jantina bayi kedua yang dikandungnya.
Pahlawan rata-rata dianggotai oleh kaum adam dan kemungkinan juga bayi yang sedang dikandung oleh pelakon yang popular menerusi drama Hati Yang Tersakiti itu adalah lelaki. Wah!

Memasuki Disember 2020, bermakna usia kehamilan keduanya itu adalah 6 bulan.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sebelum ini turut memohon doa agar perjalanan kehamilan keduanya itu dipermudahkan.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berumur empat tahun.
Post comments (0)