Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bukan Curang Dengan Seorang Tetapi Dua, Suami Nadia Brian Tampil Dedah Nama Lelaki Lelaki ‘Pengacau’

today7 October 2020

Background

Sedikit demi sedikit teka teki mengenai persoalan rumah tangga Nadia Brian didedahkan oleh suaminya, Muizz Nasruddin.

Terdahulu, Muizz memuat naik gambar hitam putih semasa hari pernikahannya berserta status seolah dirinya dikhianati. Sekaligus memberi ‘hint’ tentang Nadia yang didakwa curang dengannya.

Tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya, Muizz mendedahkan apa yang lebih mengecewakan dirinya adalah, apabila mengetahui Nadia curang bersama dua orang lelaki. Ini kerana Muizz turut menerima bukti video kecurangan isterinya itu yang dihantar oleh seseorang.

“Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki. Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwanya.

Dalam pada itu, Muizz turut mendedahkan bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi, dirinya juga tidak pernah menghalau malah berkali-kali memujuk Nadia untuk pulang ke rumah.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya,” 

Muizz juga turut memuat naik status di Instagram Story nya memberitahu hint digit nama-nama lelaki yang dicurangi isterinya.

 

“NB + MN VS AN VS AA”

“Kebenaran itu pasti, nantikan”

Mengaku dirinya dihina dan dianiaya, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka menemui jalan buntu kerana Nadia tidak mahu bekerjasama.

“Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai. Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” katanya

Sementara itu, Nadia enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu kerana menganggap isu pergolakan rumah tangga cukup peribadi, selain keadaan pandemik COVID-19.

 

Baca artikel sebelum ini : “Saya Tahu Apa Yang Terjadi, Kita Tunggu Dan Lihat” – Suami Nadia Brian Jawab Isu ‘Orang Ketiga’

Written by: Fieyna Azman


Previous post

101126338_103327561404325_7465385241918570496_o

Sosial

Rakyat China Belanja RM61.2 Juta Dalam Masa 50 Minit, Borong Durian Musang King Dari Malaysia

Sebanyak 300,000 durian Musang King berjaya dijual dalam masa kurang dari satu jam dalam jualan kilat yang berlangsung secara atas talian di China. Acara jualan ini merupakan sebahagian daripada festival durian atas talian di antara China – Malaysia 2020 (Guangxi). South China Morning Post melaporkan, dengan berat kira-kira 60 tan, kesemua durian dilaporkan habis dijual dalam masa kurang satu jam dengan nilai jualan berjaya dicatat sekitar RM61.2 juta (USD $14.7 […]

today7 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *