Nampaknya ramai gadis yang patah hati selepas melihat foto di laman Instagram Naim Daniel bersama dengan seorang penyanyi baharu iaitu Iman Troye.

Naim sebelum ini kelihatan agak mesra bersama dengan Iman dan dikatakan hubungan mereka itu hanya sekadar rakan biasa sahaja serta mereka berdua membahasakan diri sebagai ‘abang’ dan ‘adik’.
Foto itu dimuat naik selepas Naim selesai menjalani quarantine di rumah selama 14 hari.
Dalam masa yang sama, Iman turut memakai baju Purnama yang direka khas untuk peminat Naim bersempena lagu baharunya itu.
Jika dilihat di ruangan komen, banyak komen patah hati daripada peminat Naim sendiri.


Nampaknya kalau satu hari nanti Naim muat naik foto bersama dengan kekasih hati dia yang sebenar, mesti ramai yang akan patah hati juga kan?
Sumber foto: Instagram Naim Daniel
Post comments (0)