Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nampak Serasi, Peminat Suka Tengok Kalau Najwa Latif Dan Akwa Ariffin Bercinta

today5 October 2020

Background

Nama Najwa Latif mungkin tidak asing lagi bagi kita pada sekitar tahun 2012 dulu, lebih-lebih lagi dengan lagu Cinta Muka Buku nyanyiannya yang menjadi kegemaran ramai ketika itu.

Pada yang masih belum tahu, sebelum ini Najwa merupakan seorang pensyarah di salah sebuah univerisiti swasta di Petaling Jaya sebelum menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana Muda di sebuah universiti awam tempatan.

Tapi sekarang ini, ramai peminat mula berkata-kata tentang hubungan Najwa bersama dengan pasangan duetnya menerusi lagu Tak Kisah Pun, iaitu Akwa Ariffin.

Semenjak kedua-dua mereka mula rapat sewaktu bekerjasama untuk lagu tersebut, kini bagaikan ada bibit cinta yang mula timbul, tetapi perkara itu masih belum lagi disahkan oleh kedua-duanya.

https://www.instagram.com/p/CDix-esFmWe/

Masing-masing sudah mula memuatnaik video bersama, sambil berbalas video pendek, alamak sweet sangat ni!

Ramai juga followers mereka ‘bersetuju’ dengan hubungan itu kerana masing-masing nampak sangat serasi bersama.

For those yang memang mengikuti Najwa di Instagram, mungkin korang tahu bahawa Najwa ni boleh dikatakan sebagai ‘ratu pickup line‘ dalam kalangan pengikutnya.

Mana tidaknya, setiap kali dia buat ASK ME question di Instagram miliknya, ada sahaja ayat pickup line yang diberinya sampaikan ramai yang ternanti-nantikan pickup line tersebut.

Kalau betul pun apa salahnya kan? Kenal dulu hati budi masing-masing, nanti bila dah ready, PM tepi okay!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

ia-feature-default

Sosial

‘Startup’ Ini Bantu Jenama Besar Lariskan Jualan Di Platform Atas Talian

Dengan peningkatan yang ditunjukkan di dalam sektor beli-belah di atas talian telah menghasilkan persaingan yang sengit diantara penjual di dalam platform E-dagang seperti Lazada dan Shopee. Justeru, Involve Asia bakal melancarkan “Marketplace Affiliate Program” (MAP) pada Ogos 2020. MAP merupakan satu solusi teknologi inovatif bagi membantu kedai di platform E-dagang untuk mendapat lebih banyak pengunjung. Faktor penularan COVID-19 yang memaksa kebanyakan pengguna untuk kekal... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *