Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Neelofa Dipuji Atas Perkongsian Program Sempena Sambutan Maulidur Rasul

today29 October 2020

Background

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan bersempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal.

Amalan sambutan ini bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salah satu tanda sesorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran baginda, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh baginda.

Mengambil kira hari penting ini, selebriti terkenal negara, Neelofa telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu siaran langsung melalui Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa.

Perkongsian lebih kurang satu jam itu padat dengan pengisian yang boleh diambil pengajaran, antaranya:-

  1. Peringatan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah.
  2. Maksud sunnah iaitu percakapan, perbuatan, dan perkara yang dibenarkan oleh Rasulullah.
  3. Memulakan pagi dengan menyebut serta memuji Allah.
  4. Wanita boleh memilih mana-mana pintu syurga dengan 4 syarat.
  5. Dunia ini adalah perhisan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Acara live tersebut ditonton kira-kira 30,000 penonton secara dalam talian.

Rata-rata komen yang ditinggalkan ketika sesi live itu berterima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, serta memuji kefahaman ilmu yang dimiliki Neelofa.

Hot FM juga ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul, dan sama-sama kita menghidupkan kembali sunnah-sunnah baginda Rasulullah SAW.

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Pasangan Ini Jumpa Jodoh Dalam Program Lagu Cinta Kita TV3

Berbanding musim pertama yang disiarkan menerusi YouTube, LCK2 akan dibawa ke kaca TV dan mengekalkan Hael Husaini sebagai juri tetap bersama-sama dengan gandingan baharunya, Mas Idayu. Mereka juga akan ditemani seorang juri jemputan pada setiap episod. Menariknya tentang LCK2 ini juga ialah, hos tetap, Elly Mazlein, pun akan digandingkan dengan beberapa pasangan hos yang berlainan seperti Azwan Ali, sehingga beliau menemui pasangan sejolinya. Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *