Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Neelofa Kongsi Doa Memohon Cinta, Netizen Berharap Ia Dimakbulkan

today11 January 2021

Background

Selebriti Noor Neelofa semakin mendapat perhatian apabila banyak berkongsi ilmu bermanfaat buat pengikutnya di media sosial.

Pada 11 Januari 2021, Neelofa telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Melalui hantaran tersebut, Neelofa telah berkongsi doa untuk memohon cinta kepada Allah.

Beliau yang berkongsi doa dalam Bahasa Arab itu, turut menyertakan pengertiannya:-

“Ya Allah, aku mohon padaMu, cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin.”

Neelofa mengakui sangat suka akan doa tersebut, dan mengajak pengikutnya supaya dapat mengamalkan doa tersebut sebanyak mungkin.

Perkongsian daripada beliau telah dihujani komen-komen daripada peminat yang turut mengaminkan doa berkenaan.

Semoga Neelofa mendapat cinta Ilahi yang didambakan serta memperoleh cinta seorang jejaka yang turut sama-sama mencintai Sang Pencipta.

 

Baca artikel berkaitan: Perkara Sunat Pada Hari Jumaat, Ini Perkongsian Ringkas Daripada Neelofa

Sumber: Instagram Neelofa

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Aaron Chia-Wooi Yik sedia ‘bertempur’

Kuala Lumpur: Masanya sudah tiba buat beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuktikan mereka sudah bersedia beraksi buat kali pertama di kejohanan antarabangsa selepas 10 bulan hanya menghabiskan masa dengan latihan. Esok seakan 'dunia baru' buat pasangan nombor satu negara itu apabila mereka bakal turun ke gelanggang untuk membuka tirai bagi saingan Yonex Terbuka Thailand. Pasangan nombor satu negara itu akan memulakan kempen di Bangkok menentang rakan senegara yang juga […]

today11 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *