Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto di Instagram, Ini Sebabnya

today5 December 2020

Background

Selepas keputusan berhijarah pada 15 Oktober lalu, selebriti terkenal Noor Neelofa dilihat telah memadam hampir 4,000 perkongsian foto yang membabitkan dirinya dalam acara hiburan menerusi laman Instagram miliknya.

Antara perkongsian yang dipadam oleh usahawan berusia 31 tahun itu termasuklah foto semasa menghadiri beberapa acara fesyen dan memperagakan koleksi busana mewah antarabangsa daripada pereka-pereka terkenal.

Malah, Neelofa turut dilihat memadam status bio ‘Actress & TV Host’ pada akaun Instagramnya.

Menjengah akaun Instagramnya, Neelofa hanya mengekalkan foto-foto kenangan ketika berada di Tanah Suci Mekah bersama keluarga dan berkaitan dakwah.

Setakat ini, akaun Instagram Neelofa hanya mempunyai 2,648 muat naik berbanding sebelumnya iaitu lebih daripada 7,000 perkongsian.

Terdahulu, Neelofa telah mengejutkan ramai pihak termasuk dalam kalangan selebriti apabila memutuskan untuk berpurdah sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, Neelofa juga sedang menunggu hari bahagia apabila telah dirisik oleh keluarga lelaki pilihan hatinya, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, pada 2 November lalu.

Difahamkan, mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan.

 

Sumber daripada: Kosmo!

Written by: Azra Azuar


Previous post

BeFunky-collage (54)

Sosial

Pemenang Global Teacher Prize Janji Kongsi Wang Hadiah Dengan Finalis Termasuk Cikgu Sam

Samuel Isaiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sam merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Ruchang, Pahang. Beliau sebelum ini pada 28 Oktober 2020 menjadi tumpuan selepas tercalon sebagai salah seorang top finalis bagi Anugerah Hadiah Guru Global 2020 (Global Teacher Prize 2020). Pencalonan itu hadir selepas usaha beliau sebelum ini melengkapkan bilik darjah sekolahnya dengan alat teknologi yang sesuai seperti tablet dan komputer... Klik sini untuk baca artikel […]

today5 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *