Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ni Yang Berlakon SUTUN?” – Zizan Yang Dahulu Bukanlah Yang Sekarang

today9 December 2020

Background

Kisah pelakon dan pelawak Zizan Razak agak kerap kedengaran kebelakangan ini dengan hantaran menarik yang dikongsikan di media sosialnya.

Pada 9 Disember 2020, Zizan telah memuat naik satu foto lamanya di Instagram.

Foto yang diambil ketika waktu persekolahan itu menunjukkan wajahnya yang masih muda.

Menurut caption:-

“Gambar viral. Aku yakin pasti viral. Bermula dengan impian harapan doa dan usaha. Ini Zizan Razak dizaman sekolah yang masih tidak tahu apa yang perlu bersedia untuk masa akan datang. Dan harini Zizan yakin rezeki milik Allah. Dia yang izinkan semua.”

Berdasarkan perkongsian tersebut, pelakon itu memberitahu perjalanan kerjayanya bermula dengan impian, doa dan usaha.

Seperti anak remaja di usia itu, Zizan mengakui dia tidak tahu apa yang perlu dipersiapkan untuk masa depan.

Namun, dengan izin Allah, Zizan mampu memperoleh kejayaan yang dimiliki kini.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dari rakan-rakan selebriti.

Semoga Zizan Razak terus berjaya di masa akan datang!

 

Sumber: Instagram Zizan Razak

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Messi bukan pesaing saya – Ronaldo

Barcelona: Cristiano Ronaldo menegaskan dia tidak pernah menganggap Lionel Messi sebagai 'musuh' utama selepas Juventus menewaskan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara. Dua jaringan penalti Ronaldo dan satu menerusi Weston McKennie di Camp Nou membolehkan Juve menang 3-0 dan menjadi pendahulu Kumpulan G. . Messi yang membuat 11 percubaan dengan tujuh mengenai sasaran tetapi Barca tewas ketika dia berdepan sekali lagi Ronaldo yang beraksi sembilan musim di La Liga bersama Real […]

today9 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *