Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Niat Memang Ada”- Sweet Qismina Dan Adam Lee Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

today9 October 2020

Background

Adat berpacaran, setiap pasangan yang sedang memadu cinta, pastinya ingin menamatkan perhubungan ke alam perkahwinan.

Lebih dua tahun menjalin hubungan, peminat sudah mula tertanya-tanya bilakah pasangan merpati dua sejoli, iaitu pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee mahu mengakhiri perhubungan mereka di jinjang pelamin.

Menjawab kepada persoalan mengenai menamatkan zaman bujang, Sweet berkata, soal jodoh dan perkahwinan bukanlah agenda mereka buat masa ini.

“Niat memang ada, cuma ia bukanlah berlaku dalam masa terdekat. Masih banyak perkara lain diberikan tumpuan. Tunggulah, apabila keadaan sudah kembali stabil, barulah kami bersedia memikirkan ke arah ini.

Sweet turut berkata, buat masa ini dia dan Adam hanya mahu memberi tumpuan terhadap penggambaran drama berjudul Bidadari Salju yang sedang dijalankan.

“Buat masa ini, tumpuan saya dan Adam adalah drama rantaian yang kami bintangi ini. Jika boleh, kami mahu drama ini menjadi kayu pengukur terhadap hasil kerja.

Apabila ditanya mengenai komitmen dan profesionalisme watak yang dipikul di dalam drama yang sedang dilakukan, Sweet menjawab mereka sebagai pelakon akan terus bersikap profesional.

Sweet juga turut tidak menafikan bahawa bergandingan bersama Adam memudahkannya untuk berbincang mengenai watak mereka.

“Sebagai pelakon, kami profesional. Justeru, kami mengambil pendekatan berbincang dengan pengarah mengenai karakter supaya penggambaran berjalan lancar dan berpuas hati dengan hasilnya,” ujar pelakon jelita ini.

“Tak dinafikan, berlakon bersama Adam memudahkan kami berbincang bagaimana mahu menjadikan watak lebih menarik,” katanya 

Mengimbas detik perkenalan antara Sweet dan Adam terjalin dahulu, mereka mengenali satu sama lain semasa membintangi drama Adam Chempaka yang ditayangkan di TV3, tahun lalu.

 

Sumber dari BH Online.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

mekah

Sosial

Hotel Di Mekah Tawar Diskaun, Harga Serendah RM300.00 Untuk Bilik Depan Masjidil Haram

Harga hotel di Mekah turun di paras paling rendah. Dilaporkan bahawa fenomena ini tidak pernah terjadi di musim Umrah, dengan harga bilik turun serendah USD$ 10 (RM40.00). Difahamkan, hotel lima bintang dengan pemandangan Masjidil Haram di Mekah sudah bersiap-siap untuk menerapkan norma baharu dengan menawarkan diskaun yang berlipat ganda. Kota suci bagi orang Islam ini memiliki lebih 1,400 hotel – ia merangkumi lebih dari dua pertiga sektor perniagaan di Arab […]

today9 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *