Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nukilan Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Buat Anak Sulung Bikin Ramai Sebak

today15 February 2021

Background

Nampaknya masih belum terlambat untuk Hot FM mengucapkan tahniah! buat pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang selamat menimang cahaya mata kedua 12 Februari lalu.

Bagaimanapun, perhatian ketika ini pastinya tertumpu kepada anak sulung mereka iaitu Lara Alana yang kini berusia 6 tahun.

Terbaharu, pasangan berkenaan telah memuat naik sebuah foto berserta dengan kapsyen yang berjaya menyentuh hati ramai pihak.

“To Lara Alana, You have changed our lives in so many ways. You have touched so many hearts and you forever will be our “Si Pacak” “Rara” “Datin” “si helmet” & “Yara”,”

Awal dan Scha bagaimanapun menzahirkan rasa syukur dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi bersama walaupun pernah mendapat cacian dan tuduhan.

Mereka turut berbangga dengan puteri sulungnya itu yang kini lebih yakin, bijak dan sempurna di mata mereka.

“Terima Kasih diatas kegembiraan yang Lara bawak dalam hidup kami dan kami sentiasa bersyukur dengan kehadiran Lara dalam hidup kami,”

Pasangan ini juga menduakan Lara menjadi individu yang baik hati dan dapat membanggakan mereka sekeluarga.

“Mommy dan Daddy hadiahkan Lara kawan, seorang adik untuk teman kan Lara sampai bila bila, Inshallah,”

Sementara itu Awal dan Scha turut berharap Lara dapat menjaga dan menyayangi adiknya seperti mana semua menyayangi Lara.

Aww.. so sweet ucapan Mommy dan Daddy buat Lara! Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga.

 

Sumber foto: Instagram Lara Alana

 

Baca artikel berkaitan:

It’s A Girl! Scha Al-Yahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

“Itu Memang Rancangan Saya Dan Awal” Scha Masih Kekalkan Nama Anak L & A

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *