Pelakon Farah Nabilah yang sudah bergelar seorang ibu, telah menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertamanya bersama suami, Mohammed Amirul pada 20 Disember 2020.
Bersempena hari istimewa tersebut, Farah telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Farah menulis pada ruangan caption:-
“The best anniversary gift we could give to each other so we decided to put a ribbon on him ?
Happy 1st anniversary my baby daddy ♥️”
Pasangan tersebut menganggap anak mereka yang diberi nama Andre Omar itu sebagai hadiah terbaik sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.
Mana tidaknya, dengan usia perkahwinan tersebut mereka sudah memperoleh zuriat yang comel dan sihat, alhamdulillah.
Sementara itu di rungan komen, ramai yang turut meninggalkan ucapan mereka buat pasangan ini.

Kami di Hot FM ingin ucapkan happy anniversary buat Farah Nabilah dan suami!
Baca artikel berkaitan: “Contoh Terbaik, Saling Menghargai”- Warganet Puji Sikap Bertanggungjawab Suami Farah Nabilah
Sumber: Instagram Farah Nabilah
Post comments (0)