Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Pelihara Anak Anjing, Afgan Tenang Jawab Bila Ada Yang Tanya Tentang Agamanya

today12 November 2020

Background

Sebagai umat Islam, kita sudah tahu bahawa anjing merupakan haiwan yang haram disentuh jika dia dalam keadaan basah dan air liurnya terkena pada kulit kita.

Kepada yang mengikuti perkembangan penyanyi dari seberang iaitu Afgan, pastinya tahu bahawa dia kini memiliki seekor anak anjing diberi nama Coco yang telah menjadi haiwan peliharaannya.

@afgan2705

how i start my day! #afganraisatunjukkan #fyp

♬ Tunjukkan – Raisa & Afgan

Seperti yang diketahui, Afgan merupakan seorang Muslim sejak lahir dan itu telah menimbulkan tanda tanya terhadap beberapa netizen dari sana apabila melihat video pendeknya bersama anak anjing tersebut.

Seorang pengikutnya bertanyakan soalan tentang agama yang dianuti oleh penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu dan dia secara terbuka menjawab dengan penuh sopan.

Yes I am a proud Moslem. But now theres this thing called sabun tanah. You can wash up with it, if and when the dog accidentally licking u or something. So all good.

Afgan memberitahu dia menggunakan sabun tanah untuk membersihkan dirinya selepas bermain dengan anak anjingnya itu jadi sudah pasti dia tahu cara untuk samak setiap hari.

Namun, ada sedikit pertelingkahan yang berlaku di ruangan komen apabila segelintir netizen mempersoalkan tindakannya membela anjing walaupun sudah diketahui tentang hukum hakamnya.

Dalam masa yang sama, mereka turut mengingatkan penyanyi berusia 31 tahun itu agar menitikberatkan penjagaan kebersihan di sekitar rumah kerana bimbang ada yang terkena air liur haiwan peliharannya itu.

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *