Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pembantu Rumah Nana Mahazan Lari, Ini Reaksi Anaknya

today4 December 2020

Background

Kehadiran pembantu rumah atau ramai yang menggelarkan individu ini sebagai ‘bibik’ atau panggilan nama, kebiasaannya bagi meringankan tugas-tugas sesebuah institusi kekeluargaan.

Sama ada rakyat Malaysia mahupun warga asing, ramai yang mencari rezeki dengan membantu menyiapkan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak orang lain.

Namun, lain pula bagi pengacara dan pelakon Nana Mahazan yang baru-baru ini telah berkongsi tentang pembantu rumahnya di laman Instagram.

Nana telah memuat naik beberapa keping foto pada 1 Disember menunjukkan dirinya berada di Jabatan Imigresen Malaysia.


Menurut laporan yang telah dikeluarkan, jabatan berkenaan telah mengesahkan bahawa pembantu rumah Nana melarikan diri.

Namun, nama pembantu berkenaan sudahpun dibatalkan dan disita daripada sistem komputer jabatan terbabit.

Fuh! cekap Nana, orang lain jangan buat main ya.

Lebih menarik lagi, anak lelaki Nana iaitu Aaqib dilihat sangat gembira selepas dimaklumkan pembantu rumahnya yang dipanggil kakak sudah tidak duduk bersama mereka.

“I’m finally free!!!” ujar Aaqib

Tapi kenapa Aaqib gembira sangat ya? Adakah sebelum ini pembantu rumah mereka bersikap tidak baik dengan anak-anak Nana?

Apa-apa pun, jadikanlah perkara ini sebagai pengajaran.

Jika anda yang membaca artikel ini adalah salah seorang pembantu rumah, lakukanlah tugas dengan ikhlas dan amanah..

 

Sumber foto: Instagram Nana Mahazan

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

“Samsul Buat Hal Lagi” – Kucing Ini Lari Lintang Pukang Lepas Rosakkan WiFi Milik Tuannya

Menerusi video tersebut, Samsul pada mulanya tengah lepak atas kotak dan terpinga-pinga bila dimarahi tuannya kerana merosakkan WiFi. Apa yang menghiburkan, Samsul terus melompat lari lintang pukang dalam bilik itu selepas Maskumis mula meninggikan suara kepadanya.Tak pasal-pasal, ibu kucing nakal itu pun kena marah sebab dikatakan tidak pandai jaga anak yang nakal seperti Samsul dan Opet.

today4 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *