Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Peminat Kongsi Kisah Perpisahan, Ayda Jebat Muat Naik Video Tunang Berserta Nasihat

today2 December 2020

Background

“Mana ada hati yang ingin terus disakiti.”

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah memuat naik satu perkongsian di Instagram pada 30 November 2020 yang membuka ruang untuk para peminat berkongsi kisah perpisahan mereka.

Rentetan banyak cerita yang dikongsikan, Ayda telah memuat naik satu video pada 1 Disember 2020 mengenai tunangnya, Nabil Mahir dengan tulisan yang membalas komen-komen yang diterima berdasarkan hantaran sehari sebelumnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Video yang dimuat naik bersama dengan lagu latar tersebut menunjukkan Ayda bersyukur dipertemukan dengan tunangnya.

Dalam pada itu, Ayda terharu membaca rintihan yang dikongsikan peminat.

Melalui caption, penyanyi berkenaan sempat menitipkan pesan buat para peminat:-

“Curang, tak setia, tak jujur semua berlaku dalam percintaan. Tak jadi dekat semua orang, tetapi kebanyakkan. Ingat, kalau nak pasangan kita baik, setia, tak tipu kita, jujur, tulus, maka kita pun kena jadi dan buat benda yang sama.

Semoga semua baik-baik saja untuk kalian. Redha, banyak doa. Pasangan anda sebelum ni bukan yang terbaik buat diri kamu, tapi dia mungkin yang terbaik dan lebih baik bersama orang lain. Insyaallah yang bersesuaian dan yang terbaik buat dirimu akan hadir. ?”

Membaca kata-kata yang ditulis oleh Ayda boleh membuatkan kita mengerti bahawa jodoh yang tepat itu akan datang bila tiba waktunya.

Pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir sebelum ini telah mengumumkan mereka bakal bernikah pada 1 Januari 2021.

Semoga perancangan baik tersebut dipermudahkan buat mereka.

 

Baca artikel berkaitan: #BilAydaJatuhCinta Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Umum Hari Bahagia, Bakal Disatukan Awal Januari

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Zidane enggan menyerah kalah | Harian Metro

Kiev: "Saya tidak akan meletak jawatan, sama sekali tidak. Kami selalu berdepan detik sukar tetapi kami akan terus berjuang." Demikian tegas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane selepas gergasi Sepanyol itu tewas 0-2 kepada Shakhtar Donetsk awal pagi tadi. Kekalahan kepada kelab Ukraine itu yang kedua dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini sekaligus menjejaskan harapan untuk mara ke peringkat 16 terakhir. "Saya ada kekuatan untuk menukar situasi dan saya akan memberikan […]

today2 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *