Hanya kerana videonya di TikTok sering mendapat views tinggi, siapa sangka anak gadis pelakon Azhar Sulaiman ini sering dikecam oleh warganet.
Kasih Iris Leona nampaknya kini sudah tidak tahan lagi dengan segala kritikan yang diterima sehingga ada yang membulinya di alam maya.
@leonsmeonss♬ original sound – Leona ?
Gadis muda berusia 18 tahun itu telah kongsikan luahan hatinya selepas menerima banyak kecaman setiap hari tidak kira di Twitter, Instagram mahupun TikTok.
“Saya harap satu hari nanti korang semua sedar yang saya juga manusia biasa. Saya memang selalu tunjukkan sisi kebahagiaan saya, tapi orang yang selalu gembira ni pun ada rasa sedih juga.”
“Semua ini memang menakutkan saya, saya juga manusia takkan saya tak boleh nak terasa?”
Antara kata-kata yang dia sering terima ialah kecaman berkenaan pakaian dan tariannya di aplikasi TikTok itu.
Lebih parah lagi, dia juga ada menerima banyak komen ‘gurauan’ berbaur lucah di beberapa media sosial miliknya.
Sebab utama mengapa sebelum ini Leona deactivate sebentar akaun Twitter miliknya ialah kerana fitnah yang diterima itu sangat melampaui batas sehingga ada yang menyebarkan berita palsu berkaitan dirinya.
Jika korang sendiri melihat ruangan komen di media sosial Leona, pasti akan temui banyak komen-komen negatif seakan-akan mahu menjatuhkan dirinya setiap hari.
Mujur dengan sokongan daripada keluarga dan teman rapat, Leona mampu untuk tangani semua ini.
Leona masih muda, banyak lagi benda yang akan dia lalui pada masa akan datang, jangan disebabkan komen negatif ini membuatkan dia berputus asa.
Post comments (0)