Pasti ramai sudah tertanya-tanya bila agaknya temujanji untuk pengambilan vaksin AstraZeneca mereka akan diluluskan di aplikasi MySejahtera.
Ada sesetengah yang masih menanti aplikasi tersebut melakukan update terbaharu dan ada juga yang sudah mendapatkan tarikh dan lokasi bagi pengambilan vaksin yang menjadi rebutan ramai.
Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel yang masih menantikan giliran untuknya.

Aeril ada memuat naik satu posting di laman Intagram miliknya sambil bertanya mungkin ada kesilapan yang beliau lakukan semasa proses pendaftaran tempoh hari.
Namun jawapan yang diterima oleh pengikutnya di laman Instagram nampaknya telah membuatkan ramai terhibur.

Mana tidaknya, bermacam-macam jawapan telah diterima berdasarkan soalan Aeril yang berbunyi:
“Korang dah sampai stage mana? Aku ni dari haritu dah isi assessment ni. Tetap dia suruh update. Salah kt mana ek??”
Lebih melucukan ada yang meninggalkan komen bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Aeril itu ialah kerana beliau sepatutnya meletakkan poskod Nilai 3 kerana kini kawasan berkenaan sudah berada di bawah negeri Selangor.

Amboi, bukan main ya korang punya leviel lawak tu!
Apa pun, semoga kita semua dapat menerima vaksin dengan cepat agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi salah pembawa atau pesakit COVID-19.
Sumber foto: Intagram Aeril Zafrel