Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Penyampai Radio Hot FM Throwback Video Lama, Tak Sangka Ada Yang ‘Berbakat’ Dalam Nyanyian

today22 December 2020

Background

Bersempena tahun 2020 yang masih berbaki beberapa hari lagi, pasti banyak kenangan yang terjadi sepanjang tahun ini kan?

Kalau sepanjang kehidupan kita ini dapat dirakam, mesti banyak yang kita mahu perbetulkan sepanjang hidup.

Geng penyampai radio Hot FM nampaknya tidak ketinggalan untuk throwback video-video lama mereka sebelum tahun 2020 berakhir.

Di laman YouTube Hot TV, telah dimuat naik satu video berjudul #AkuDan2020 menampilkan antara Geng Pagi Hot iaitu Shuk, Shuib dan Fizie, Jam Hot iaitu Deen bersama Haziq dan juga Sarancak.

Video berdurasi selama hampir 10 minit itu menyaksikan mereka semua terhibur dengan video lama masing-masing.

Lebih menarik sekali ialah apabila Haziq nampak seperti tidak dapat menerima hakikat tentang perubahan bentuk badan mereka semua.

“Kalau ikutkan kitorang punya video lama tu, bentuk fizikal tu la yang kita pandang berbeza. Geram je tengok. Tapi video tu tak ada la lama mana, cuma kita masih boleh nampak perbezaan dulu dan sekarang. Sekarang ni rasa macam mengah, penat je kan.”

Tak dinafikan bentuk badan tu memang banyak yang berubah, cuma apa yang boleh dikatakan ialah mereka masih tetap berjaya menarik minat pendengar untuk tetap setia bersama Hot FM daripada dulu sehingga sekarang.

Ramai pengikut setia Hot FM terhibur melihat video tersebut serta ada juga yang memberi kata-kata semangat buat mereka semua.

Kalau nak tengok apakah video apakah yang mereka saksikan itu, jangan lupa tengok di YouTube Hot TV!

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *