Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Penyebar Video Lucah Sudah Dikenal Pasti, Pengurusan Hun Haqeem Ambil Tindakan

today22 October 2020

Background

Kontroversi mengenai penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan seorang pelakon yang semakin meningkat naik menerusi drama Kampung People, Hun Haqeem ataupun Jekfer sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasinya.

Tampil memberi penjelasan mengenai video lucah yang tersebar semenjak 3 hari lepas, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) David Teo, selaku pihak pengurusan Hun membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap si penyebar.

Dalam video penjelasan itu, David turut memberitahu, pihaknya memandang serius terhadap perkara ini dan sudah berunding dengan peguam mereka, mengenal pasti si penyebar video lucah itu.

“Banyak artikel, video dan foto yang telah disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain. Dengan ini saya telah berunding dengan pihak peguam kami, bahawa kita telah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu”

David turut memberi amaran kepada individu terlibat dengan penyebaran itu untuk take down posting berkaitan atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang.

“Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya menerusi laman Youtube rasmi MIG”

“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direkod”

Anak seni, netizen selar kenyataan David Teo ...'tak mahu merempat macam P Ramlee' | Astro Awani

Sebelum mengakhiri video penjelasan yang dimuat naik di Youtube Metrowealth itu, David sempat memberikan pantun berpesan supaya netizen menggunakan kebijaksaan yang dianugerahkan dan tidak menyebar fitnah.

“Hari ini sangat cerah,
Duduk di rumah tiada arah,
Kebijaksanaan adalah anugerah,
Jangan sekali-kali menyebar fitnah!”

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Soler juarai peringkat ke-2 Vuelta

Lekunberri, Sepanyol: Marc Soler muncul juara peringkat kedua Vuelta a Espana dengan juara bertahan Primoz Roglic terus menyarung jersi merah sebagai pendahulu keseluruhan. Pelumba Movistar dari Sepanyol, Soler menamatkan perlumbaan sejauh 151.6km dari Pamplona ke Lekunberri dengan mengatasi Roglic dan Dan Martin untuk kemenangan pertamanya pada saingan peringkat di jelajah utama. Soler, 26, mula mendominasi selepas memecut pada penghujung perlumbaan dengan meninggalkan kumpulan daripada... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today22 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *