Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Penyimpan Rahsia Terbesar, Ini Rupanya PA Noor Neelofa Yang Paling Dipercayai

today9 February 2021

Background

Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang selebriti itu mempunyai Manager atau Personal Assistant (PA) yang tersendiri bagi menguruskan urusan jadual kerjaya.

Selalunya PA merupakan orang yang paling rapat serta paling dipercayai oleh seseorang untuk menguruskan hal kerja dalam masa yang sama tahu tentang kisah peribadi seseorang itu.

Bagi usahawan berjaya, Noor Neelofa, beliau menganggap PA yang selama ini sentiasa bersamanya sebagai seseorang yang paling dipercayai olehnya dalam menyimpan segala rahsia tentang kehidupan peribadinya.

PA yang selama ini menguruskan hal kerja Neelofa itu dikenali sebagai Nadiah Khairuddin dan difahamkan beliau sudah lama berkhidmat bersama Neelofa.

Dalam masa yang sama, kelihatan adik Neelofa iaitu Ameera Khan turut mengatakan bahawa Nadia juga merupakan secret keeper baginya.

Sebelum ini, Nadia ada memuat naik Instagram story mengatakan bahawa beliau sedang mencari PA untuk Neelofa tetapi nampaknya sehingga sekarang Nadia masih kekal sebagai PA merangkap penyimpan rahsia terbesar pengacara tersebut.

Bukan senang sebagai seorang PA untuk mendapatkan kepercayaan majikannya lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan tentang urusan peribadi.

Tak mustahil Nadia turut menjadi orang pertama yang Neelofa akan cari sekiranya beliau mempunyai masalah.

Apa pun, Happy Birthday in advance buat Neelofa, semoga panjang umur dan murah rezeki ya!

Sumber foto: Instagram Neelofa dan Nadiah Khairuddin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (90)

Sosial

Pelanggan Kini Dibenarkan Makan Di Restoran, Terhad 2 Orang Semeja

Seperti yang sedia maklum, pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan terdahulu tidak akan membenarkan sesiapa sahaja untuk makan di kedai makan. Terbaharu, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan hari ini menerusi sidang media sebentar tadi bersetuju untuk membenarkan orang awam dine in di kedai makan atau restoran namun hanya terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja. Paling penting, pengamalan penjarakan... Klik […]

today9 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *