Dalam diam nampaknya tak lama lagi akan ada khabar gembira daripada pelakon drama Juvana yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga ini.
Semenjak dua menjak ini pelakon Adam Shahz sering memuat naik foto bersama seorang wanita yang difahamkan sebagai bakal penyeri hidupnya.

Menurut Adam, mereka sudah saling mengenali sejak setahun lalu tetapi hubungan istimewa itu baru sahaja terjalin semenjak September lalu.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini, mereka terpaksa berjauhan dan tidak berjumpa untuk seketika.
Namun pada 9 Disember, Adam dengan penuh gembira telah kongsikan foto mereka bersama selepas beberapa bulan tidak bertemu.

Dalam masa yang sama, Adam turut pernah memberi kenyataan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan bersama dengan pilihan hatinya itu.
Bagi Adam, dia hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada umum.

Ramai peminat mendoakan agar mahligai yang bakal dibina ini akan berkekalan selama-lamanya.
Adam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon Fatin Afeefa dan bercerai pada tahun 2017 lalu.

Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang kini sudah berusia 5 tahun.
Sumber foto: Instagram Adam Shahz
Post comments (0)