Bell’s palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan lemah secara sementara atau lumpuh pada bahagian otot muka.
Ia boleh membuatkan sebelah muka menjadi jatuh atau kaku.
Pada 11 Disember 2020, pelakon Faye Kusairi telah berkongsi satu video di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Pelakon itu menceritakan kisahnya yang mengalami Bell’s palsy di saat kehamilannya yang akan memasuki minggu ke-39.
Melalui caption, Faye terpanggil untuk memuat naik video itu setelah ramai yang prihatin dengan situasi yang dialaminya:-
“I noticed ramai yg DM saya mengatakan mereka juga pernah dan sedang masih menghadapi Bell’s Palsy ni.
Ada yg berkongsi tips utk ke acupuncture. إنشاءالله, saya akan cuba juga. The reason saya buat video ni sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan maybe can also help boost keyakinan serta inject sedikit positivity kepada yg menghadapi Bell’s Palsy atau mana² penyakit sekalipun.”
Selain itu, pelakon tersebut juga kekal positif dengan keadaannya dan berkongsi kata-kata motivasi buat mereka mengalami situasi yang sama:
“Jangan risau sgt, jangan stress. Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti utk berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri utk terus sembuh. Jangan malu dengan keadaan kita. Sama juga jangan riak bila kita diberi rezki kesihatan yg mantop, body yg mantop, muka yg cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana.. إنشاءالله!”
Kami di Hot FM mendoakan semoga Faye Kusairi kuat dalam menghadapi dugaan ini!
Sumber: Instagram Faye Kusairi
Post comments (0)