Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Percaya Dengan Rezeki Allah, Nadia Brian Tolak Tawaran Hollywood Untuk Aksi Keterlaluan

today26 January 2021

Background

Pelakon-pelakon di Malaysia ramai yang berbakat sehingga mampu ke peringkat antarabangsa.

Perkara sama juga hampir dicapai oleh pelakon Nadia Brian yang telah menerima tawaran untuk ke Hollywood namun terpaksa ditolaknya.

Sebab penolakan itu dijelaskan menerusi Instagram story beliau pada 25 Januari 2021.

Menurut Nadia, punca penolakan itu disebabkan tawaran yang diberi tersebut tidak sesuai dengan status dirinya.

Tambahan lagi, aksi lakonan di Hollywood pula dikira agak keterlaluan dengan adanya adegan bercium dan bogel yang dikira normal di sana.

Nadia juga meluahkan rasa kurang senang apabila ramai yang memperlekehkan kualiti pelakon tempatan yang bakatnya dikira untuk pasaran Malaysia sahaja.

Ini kerana, pelakon-pelakon negara kita juga perlu menilai keseluruhan jenis watak yang ditawarkan buat mereka terlebih dahulu.

Selain itu, Nadia juga menyatakan bahawa beliau percaya akan rezeki daripada Allah.

Bagus tindakan Nadia ini yang matang dalam membuat keputusan.

Semoga kerjaya seni Nadia Brian akan terus berkembang walaupun buat masa ini terhad untuk dalam negara sahaja.

 

Baca artikel berkaitan: Aksi Nadia Brian Berdamping Dengan Ular Ini Dilihat Sangat Berani

Sumber: Instagram Nadia Brian

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

ezgif-6-177117062980

Sosial

Dr Noor Hisham Jangkakan PKP 2.0 Bakal Berakhir 4 Februari

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham pada semalam menjelaskan beliau menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini hanya akan berlangsung selama empat minggu sehingga 4 Februari ini. Pengumuman itu sudah pastinya melegakan ramai pihak sama ada PKP yang dilalui ketika ini akan dilanjutkan beberapa kali seperti tahun lalu. “Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan... […]

today26 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *