17 November 2020 merupakan tarikh sambutan ulangtahun kelahiran ke-36 buat Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular ABPBH 33 iaitu Sherry Alhadad.
Sempen ulangtahun tersebut, ramai kenalannya telah membuat hantaran ucapan.
Jika dilihat di laman Instagram Sherry, terdapat beberapa hantaran yang di repost.
Antara yang mencuri perhatian adalah hantaran yang dimuat naik oleh @cik_mmusa.

Selain itu, terdapat satu lagi hantaran yang menceritakan tentang perjalanan seni Sherry oleh @che_kem_

Hantaran-hantaran ini mengisahkan perkembangan perjalanan seni Sherry sejak menyertai sesi audition ketika berusia 19 tahun dahulu.
Semangat, usaha dan kerja keras Sherry wajar dipuji sehingga dirinya mengecapi kejayaan kini.
Semoga kerjaya Sherry Alhadad terus berkembang dan dapat memberi inspirasi buat penggiat seni baru.
Sumber: Instagram Sherry Alhadad
Post comments (0)