Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dianggap sudah berjaya dengan kehidupan mereka.
Namun kejayaan kini bukanlah datang dengan muudah.
Jika diingat, pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan pada 2013 setelah mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia.

Mereka banyak menerima kecaman pada waktu itu namun pasangan ini tidak berputus asa.
Pada 18 Januari 2021, Wawa menerusi Instagramnya telah berkongsi satu video TikTok menceritakan tentang kisah lalu dengan kejayaan yang dicapainya kini.
View this post on Instagram
Wawa menulis kata-kata berbentuk nasihat pada ruangan caption:-
“pernah tak orang pandang rendah pada korang? wawa juga pernah.. tapi kata2 mereka tu kita jadikan semangat utk kita berusaha lebih lagi.. jangan pernah down tau..
dan ketika kita da capai apa yg kita impikan.. dan ketika kita sudah punya segalanya.. janganla sombong dan terlalu bangga dengan apa yg kita ada .. dan jgn pernah memandang rendah pada orang lain..
apa2 pun sentiasa syukuri apa yg kita ada ..
boleh?”
Sementara itu, menonton video yang dimuat naik Wawa, sedikit sebanyak dapat mengetahui dirinya kuat menempuh cabaran suatu ketika dahulu sehinggalah mampu berjaya sehingga kini.
Wawa berkongsi, impian untuk perniagaannya sudah tertunai apabila memiliki 3 buah wisma seperti yang diidamkan.
Selain itu, beliau turut mengingatkan kembali saat dirinya berkahwin di usia muda dengan Aeril Zafrel, Wawa dipandang rendah kerana perkara tersebut sehingga ada yang menjangkakan hubungan mereka tidak kekal.
Bagaimanapun, Wawa menjadikan kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.
Akhirnya kejayaan itu sudah berjaya dicapai, Alhamdulillah.

Wawa berkata, beliau mahu terus membantu orang lain pula untuk berjaya serta memberi semangat kepada yang lain agar jangan berputus asa jika dipandang rendah.
Perkongsian Wawa ini menunjukkan bahawa usaha berterusan mampu membuahkan hasil seperti yang diinginkan.
Semoga lebih ramai orang yang terinspirasi dengan kejayaan beliau.
Baca artikel berkaitan: Kantoi! Aeril Zafrel Mengaku Wawa Zainal Tak Pandai Masak Tapi Tetap Terima Seadanya
Sumber: Instagram Wawa Zainal dan Aeril Zafrel
Post comments (0)