Pertama kali menghadiri kelas renang membuatkan anak kesayangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, iaitu Siti Aafiyah teruja sampai tak mahu keluar dari kolam renang.
View this post on Instagram
Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ti telah kongsikan satu video pendek menunjukkan puteri kesayangannya itu berenang bersama dengan seorang pelatih.
“Yeayyyy! Aafiyah macam mermaid!”
Aafiyah turut ditemani oleh penjaganya iaitu Hidayah Zubit sambil diperhatikan oleh Tok Ti sendiri.
Rata-rata netizen turut berasa teruja melihat kegembiraan Aafiyah itu.

Ada juga yang turut memuji sikap berani Aafiyah berenang kerana biasanya kanak-kanak diusianya pasti akan berasa takut berada di dalam kolam renang yang dalam.
Mesti Aafiyah dah biasa berenang dengan ibu dan ayah, sebab tu dia tak takut kan.
Post comments (0)