Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Pinjam Bawak Balik Rumah Boleh?” Ramai ‘Tergoda’ Dengan Bulu Mata Anak Buah Daler Yusuf

today15 February 2021

Background

Memiliki bulu mata yang lentik sering menjadi idaman kaum wanita sehingga membuatkan ramai yang sanggup memakai bulu mata palsu serta membuat rawatan bulu mata.

Tetapi lain pula bagi anak buah kepada pelakon kelahiran Uzbekistan, Daler Yusuf kerana si kecil itu memiliki bulu mata yang sangat lentik sehingga membuatkan ramai pengikutnya berasa cemburu.

Pelakon drama Titian Cinta itu ada memuat naik foto anak buahnya yang dikenali sebagai Bobo itu berserta dengan caption memberitahu bahawa anak buahnya itu secara terbuka untuk menerima sebarang tawaran berkaitan modelling.

Rata-rata yang meninggalkan komen semuanya memuji kecantikan bulu mata yang dimiliki oleh Bobo.

Macam mana la Bobo ni tak comel dan handsome, tengok pakcik dia sahaja dah tahu daripada mana datang baka tu kan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf)

Untuk pengetahuan, Daler merupakan pelakon yang mempunyai darah kacukan Uzbekistan-Malaysia kerana ibunya berasal dari Kelantan serta beliau mula berhijrah ke Malaysia sekitar tahun 2010 bagi menyambung pelajarannya di sini.

Fuhh, boleh jadi nanti bila Bobo dah besar, mesti akan ikut jejak pakciknya memandangkan sekarang si kecil tu pun dah jadi talent dalam beberapa iklan di kaca televisyen.

Sumber foto dan video: Instagram Daler Yusuf

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (95)

Sosial

Terlalu Ghairah Sambut Tahun Baru, Pemandu Mabuk Rempuh Kediaman Wanita Ini

Umum mengetahui sekitar beberapa hari yang lalu merupakan hari sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan oleh masyarakat berbangsa Tiong Hwa di Malaysia dan di seluruh dunia. Dalam suasana yang bergembira, namun ada juga kisah duka seperti yang diluahkan oleh pengguna Twitter @JamaliahMimhat yang berkongsi ciapan mengenai rumah keluarganya yang hampir musnah akibat dilanggar oleh pemandu berbangsa Cina yang dipercayai mabuk ketika memandu. Khabarnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam... Klik sini […]

today15 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *