“Malang tidak berbau.”
Itu perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon Naim Daniel.
Pada 17 Disember 2020, Naim telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Melalui caption, Naim memberitahu dirinya telah terlibat dalam kemalangan:-
“nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki ❤️”
Bagaimanapun Naim kelihatan tenang dan menerima apa yang berlaku dengan baik.
Menurut penyanyi itu melalui Instagram story, rahangnya terkehel akibat kejadian tersebut.
Sementara itu, rakan-rakan selebriti turut meninggalkan komen pada perkongsian berkenaan.

Alhamdulillah keadaan Naim tidak cedera teruk, itu yang penting.
Semoga semuanya dipermudahkan untuk beliau.
Sumber: Instagram Naim Daniel
Post comments (0)