Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Rai Ulang Tahun Ke-23 Tahun, Arif Bahran Tak Mahu Potong Rambut Pendek!

today15 January 2021

Background

Selamat hari lahir yang ke-23 buat penyanyi Arif Bahran yang menyambutnya pada 15 Januari.

Bersempena dengan ulang tahunnya, Arif atau lebih mesra dipanggil Bahran telah kongsikan sekeping foto melihatkan dirinya waktu masih kecil.

Ramai peminat dan penyokong setia Bahran meninggalkan ucapan hari lahir kepadanya di rungan komen posting di Instagram miliknya.

Namun apa yang mencuri perhatian ialah apabila Bahran mengatakan bahawa beliau tidak mahu memotong rambut pendek walaupun ada beberapa orang meminta penyanyi lagu Juara Dusta itu berbuat demikian.

“The old Bahran will never be back”

Mungkin ada sebab mengapa Bahran mengambil keputusan untuk kekal berambut panjang.

Mana tahu lepas ni Bahran ada job berlakon, sebab tu dia taknak potong rambut kan?

Apa pun kami daripada team Hot FM mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Bahran, semoga panjang umur dan murah rezeki!

Sumber foto: Instagram Arif Bahran

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-53

Sosial

Mahu Bantu Rakyat Malaysia, airasia.com Tawarkan Servis Penghantaran Percuma Sepanjang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di beberapa buah negeri. Oleh itu, AirAsia ingin membantu rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk airasia food, airasia fresh dan airasia shop sepanjang tempoh PKP. Bagi memudahkan rakyat Malaysia tanpa perlu bersesak-sesak ke pasar raya terdekat, anda boleh beli pelbagai pilihan makanan, produk segar, barangan runcit, kecantikan, fesyen dan banyak lagi dengan AirAsia.

today15 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *