Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ramping Macam Kerengga” Dalam Drama Nampak Berisi, Peminat Puji Janna Nick Kurus

today1 February 2021

Background

Menjadi kaum wanita ni bukannya mudah, kejap-kejap kena jaga muka, jaga makan dan paling susah sekali ialah nak jaga badan!

Kalau dapat maintain body slim sepanjang masa pun dah rasa bertuah, tapi biasanya susah juga nak maintain kurus kan?

Janna Nick Gets Roasted For Controversial Remark About Covid-19

Sama juga la buat pelakon yang namanya kini semakin hari semakin bertambah berseri, iaitu Janna Nick.

Seperti biasa sebelum bersiaran di program Melodi, Janna akan memuat naik fotonya bagi mempromosikan program tersebut di laman sosialnya.

Melalui foto tersebut dapat dilihat Janna kelihatan agak ramping ditambah pula dengan dress berwarna emas tersebut, menampakkan lagi kejelitaan pelakon dan pengacara berusia 26 tahun itu.

Selain menerima komen pujian, ada juga beberapa peminatnya menegur bahawa Janna kelihatan agak kurus berbanding penampilannya di dalam drama Melastik Ke Hatimu yang menggandingkan dirinya bersama dengan Andi Bernadee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji pinggang Janna yang ramping bak kerengga!

Bagi menjawab soalan yang diajukan mengapa menerusi drama tersebut badannya kelihatan agak berisi, dengan selamba Janna menjawab bahawa semua itu mengikut musim cuaca sahaja.

Alamak! Agak-agaknya kena maintain cuaca apa kalau nak body meletup macam Janna ni ya?

Apa pun, jangan lupa saksikan drama Melastik Ke Hatimu setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3.

Sumber foto: Instagram Janna Nick

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Temu Jodoh Di Pusat Kuarantin, Pengantin Ini Nekad ‘Photoshoot’ Kahwin Pakai Sut PPE

Namun siapa sangka ianya rahsia terbaik kerana kadangkala kita tidak sedar bahawa sebenarnya mungkin seseorang itu sangat dekat dengan kita adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya. Jika sudah sampai masanya, pasti akan tiba juga detik yang paling bermakna dalam hidup iaitu disatukan dengan pasangan yang dicintai.Setiap orang ada kisah cinta mereka yang tersendiri, tidak terkecuali juga dengan pasangan pengantin baru yang tular baru-baru ini di laman Facebook apabila gambar... Klik sini […]

today1 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *