Pelakon serba boleh, Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya iaitu Zara Zya baru-baru ini telah berkongsikan satu video beliau menyampaikan selawat Asyghil di laman Instagram miliknya.
Nampaknya perkongsian Zara itu menarik perhatian ramai pengikutnya yang mahu dia berkongsikan manfaat Selawat Asyghil berkenaan.
Menurut Zara, Selawat Asyghil ini boleh diamalkan untuk memohon salam atas Nabi SAW, keluarga dan sahabatnya dan sesuai diamalkan ketika sedang susah hati, dizalimi ataupun difitnah.
View this post on Instagram
Berikut lafadz shalawat Asyghil:
Allohumma sholli ‘alaa sayyidinaa Muhammad
Wa asyghilidz dzoolimiin bidz-dzoolimiin
Wa akhrijnaa min baynihim saalimiin
Wa ‘alaa alihi wa shohbihii ajma’in
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Zara memuji kesedapan suara beliau dan turut mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang baik itu.
Sejuk hati bila dengar Zara menyampaikan Selawat Asyghil ni!
Terima kasih juga Zara atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini.
Sumber : Instagram Zara Zya
Post comments (0)