Keluarga pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya akan menerima ahli baru dengan kehamilan Scha kini.
Antara yang turut teruja akan perkara itu ialah anak perempuan mereka, Lara Alana.
Pada 9 Disember 2020, Awal telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu disertakan dengan caption:-
“Dulu time dia yang tendang perut mommy, daddy sangat fascinated.
Now, Adik tendang gerak kan remote ni.. dia sangat sangat lah kagum..”
Mesti Lara rasa teruja apabila melihat remote control yang diletakkan di atas perut Scha dapat bergerak hasil tendangan daripada bayi yang masih lagi berada dalam kandungan.
Awal juga mengakui keterujaan yang sama pernah dirasai ketika Scha mengandungkan Lara dahulu.
Nampak daripada gaya, Lara boleh menjadi kakak yang penyayang nanti, kan?
Baca artikel berkaitan: Scha Al-Yahya Pilih Untuk Tidak Sembunyi Jantina Anak Kedua, Ini Jawabnya
Sumber: Instagram Awal Ashaari
Post comments (0)