Wanita warga Korea Selatan yang berkahwin dengan jejaka Malaysia iaitu Maryam Younarae, semakin dikenali di negara ini dengan gelagat lucu beliau dan suami dalam video yang selalu dikongsikan buat penonton.
Maryam dan suami, Ryzal Ibrahim sudah pulang ke Malaysia pada tahun 2020, setelah menikah di Korea pada 2019.
Pada 11 Februari 2021, Maryam telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Hantaran itu menunjukkan rakaman CCTV di rumah nenek Maryam di Korea.
Melalui caption:-
“Tomorrow is Seollal.
But cuti start from today to next tomorrow.
Every Korean go back to kampung and visit family and makan makan
bersama like Hari raya?”
Memberitahu 12 Februari 2021 adalah hari perayaan sambutan Seollal atau Korean New Year, ia merupakan hari di mana ahli keluarga berkumpul dengan meriah seperti sambutan Hari Raya.
Bagaimanapun tahun ini, beliau tidak berkesempatan untuk berbuat demikian kerana berada di Malaysia.
Maryam menyatakan rasa rindu kepada neneknya yang berada di Korea dengan menulis:-
“And grandma used to prepare a lot of food for me.
Tapi this year i couldn’t be there.
I’m so sorry grandma i can’t be with you this Seollal.
If grandfather could stay with you it would better but it won’t happen.. i’m so sorry.
I miss you so much.”
Beliau sedih kerana tidak dapat meluangkan masa dengan neneknya itu dan memohon maaf.
Sementara itu, mengulas tentang rakaman video CCTV yang dikongsikan, Maryam berkata ia sengaja dipasang di rumah nenek beliau untuk melihat aktivitinya.
Ini kerana nenek Maryam tidak reti menggunakan telefon untuk menghubungkan mereka:-
“(This video from CCTV i installed in grandma house bcs she dosen’t know how to use phone so this is the only way i can keep in touch with her.)”
Sedihnya, rakyat Malaysia dapat berkongsi rasa yang sama setelah ramai yang tidak dapat pulang menyambut perayaan bersama keluarga akibat penularan virus COVID-19.
Semoga situasi pandemik ini akan cepat pulih dan semua orang akan dapat berjumpa lagi dengan insan tersayang.
Baca artikel berkaitan: Bukan Gurauan, Rupanya Ryzal Memang Pakai Kain Maryam Ke Kenduri Kahwin
Sumber: Instagram Maryam Younarae
Post comments (0)