Kehilangan ibu tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.
Itulah yang dirasai oleh pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz ketika ini yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya iaitu, Hajjah Juriana Bte Jaafar yang telah meninggal dunia pada November tahun lalu kerana serangan jantung.
Meninjau di laman sosial Instagram Datuk Aaron Aziz, beliau telah memuat naik satu foto di laman Instagram dengan kapsyen menyentuh hati.
View this post on Instagram
“Miss your calls.. miss your msgs miss your “Salam Son…what you doing?”…. miss your cooking…miss your kisses…miss buying your inhaler miss putting koyok on your feet….. miss you so much Mummy…Allahumaghfirlaha Warhamha Wa’fini Wa’fuanha”
Datuk Aaron menerusi ruangan kapsyen memberitahu bahawa beliau rindu akan panggilan dan mesej dari arwah ibunya yang sering bertanyakan khabar.
Bukan itu sahaja, beliau juga turut merindukan masakan arwah serta momen-momen semasa membelikan barangan yang disuruh oleh arwah ibunya itu.
Allahu, sedih pula apabila terkenangkan ibu sendiri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan takziah dan meluahkan rasa sayu dengan kehilangan arwah ibu beliau.
Untuk rekod, Allahyarhamah meninggal dunia di hospital Singapura akibat serangan jantung, pada 7 November 2020.
Kami di Hot FM turut berduka cita dengan pemergian Allahyarhamah.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Instagram Aaron Aziz
Post comments (0)