Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Risau Bini Dia Jatuh” Ernie Zakri Pakai Kasut Tumit Tinggi, Aksi Syamel Curi Perhatian Warganet

today27 March 2021

Background

Seperti yang kita semua tahu, tanggal 26 Mac merupakan hari bersejarah buat pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel apabila mereka berdua telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Sepanjang majlis itu berlangsung, pasangan pengantin sama cantik sama padan ini telah berjaya mencuri perhatian ramai disebabkan keserasian yang mereka miliki.

Namun dalam masa yang sama, telah berlaku satu kejadian lucu tanda diduga dan disengaja.

Ketika itu Ernie sedang berjalan menuju ke pelamin seorang diri sambil diperhatikan oleh Syamel yang sedang duduk di hadapan pelamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Kejadian tersebut menjadi lucu apabila Syamel kelihatan fokus memerhatikan kasut tumit tinggi yang dipakai oleh isterinya itu.

Walaupun Ernie kelihatan yakin bersama dengan kasut tersebut, tetapi Syamel pula yang nervous.

Ramai warganet turut terhibur melihat keletah pasangan tersebut dan turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka bersama.

Ernie dengan Syamel ni daripada zaman bercinta sampai dah kahwin, memang comel sangat kan!

Baca juga artikel sebelum ini:

Nikah Dalam Majlis Tertutup, Ernie Zakri Kini Sah Jadi Milik Syamel Sepenuhnya!

Sumber foto dan video: Instagram Hot FM dan Ernie Zakri

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post