Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Risau Keselamatan Keluarga, Siti Nurhaliza Buat Swab Test

today21 January 2021

Background

Sehingga 20 Januari, sebanyak 4,008 kes baharu COVID-19 dicatatkan di seluruh Malaysia dan perkara itu semakin membimbangkan masyarakat.

Image

Disebabkan itu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mengambil keputusan untuk membuat ujian saringan COVID-19 bersama dengan ahli keluarganya yang lain.

“Alhamdullillah… Syukur, saya & keluarga buat swab test untuk memastikan kami sekeluarga bebas dari covid .. Semoga terus di lindungi untuk waktu-waktu kehadapan dengan menjaga dengan ketat SOP yang telah di tetapkan oleh KKM.”

Sebagai langkah berjaga-jaga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ti dengan segera melakukan swab test PCR dan Antigen bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan pantas.

Ramai peminat setia Tok Ti turut meluahkan rasa syukur atas berita tersebut dan berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Ada baik juga sebenarnya apa yang dilakukan oleh Tok Ti ini, lebih-lebih lagi ketika ini beliau sedang hamil dan bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tak diingini.

Apa pun, terus kekal berada di rumah dan sekiranya anda mempunyai gejala dijangkiti virus tersebut, segera ke klinik berhampiran untuk membuat ujian saringan.

Sumber foto: Twitter KKM dan Instagram TokTi

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] ‘Coronavirus’ Muncul Dalam Buku Teks Bab Pertama, Reaksi Pelajar Ini Curi Tumpuan

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terkejut melihat isi kandungan pertama di dalam buku teks tersebut.Malah, ada yang tidak sabar mahukan buku teks sebenar daripada buku teks yang kini yang diperolehi secara digital saja.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 407.1K views, 56K likes dan 1077 comments.Berikut adalah antara komen-komen menarik warganet di TikTok:

today21 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *