Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sah! Ikmal Amry Kini Bergelar Suami, Nikahi Gadis Dari Negeri Sembilan

today19 December 2020

Background

Selepas mengikat tali pertunangan pada Mei lalu, pelakon Ikmal Amry kini telah sah bergelar suami kepada si cantik manis, Najla Samshul.

Pasangan ini memilih tarikh 19 Disember sebagai hari keramat buat mereka berdua.

Image

Mereka telah dinikahkan dalam satu majlis yang penuh meriah di kampung halaman Najla sendiri iaitu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majlis pernikahan itu telah dihadiri oleh saudara mara kedua-dua belah pihak dan sahabat rapat mereka.

Rata-rata peminat berasa terkejut dengan berita ini namun tetap mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Namun peminat nampaknya lebih tertarik dengan kecantikan yang dimiliki oleh Najla dan terpegun dengan sifatnya yang merendah diri.

Mengikut perancangan, mereka sepatutnya dinikahkan pada September ini tetapi akibat bimbang sekiranya tidak dapat membuat persiapan dengan rapi, maka tarikh telah ditukar kepada bulan Disember.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan di Subang pada 27 Disember ini.

Kami daripada pihak HotFM mengucapkan tahniah kepada Ikmal dan Najla atas bahtera rumah tangga yang dibina ini, semoga berkekalan sehingga ke Jannah.

Sumber foto: Instagram Ikmal Amry

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (85)

Sosial

Dipuji Snoop Dogg, Kedai Makan Di Pulau Pinang Raih Perhatian Dunia

Mendapat perhatian artis atau selebriti dalam negara mungkin perkara biasa buat sesetengah restoran tempatan, tetapi mendapat pujian daripada artis luar negara mungkin sesuatu yang sangat jarang berlaku. Maka tidak hairanlah jika sekali saja kena ‘petik’ dengan artis dan selebriti antarabangsa kita sebagai rakyat Malaysia akan tumpang kegembiraan yang dirasai pemilik kedai yang dipuji artis antarabangsa ini. Seperti yang berlaku kepada sebuah kedai... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *