Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Sambut Tahun Baharu 2021, Akhirnya Fattah Dan Fazura Dedahkan Wajah Comel Puteri Sulung

today1 January 2021

Background

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura yang memperoleh bayi sulung mereka pada 2 Oktober 2020, merahsiakan wajah puteri mereka sebelum ini.

Para peminat semestinya ternanti-nanti bilakah mereka akan mempamerkan wajah puteri yang diberi nama Fatima itu.

Pada 1 Januari 2021, wajah Fatima akhirnya didedahkan melalui Instagram ibu dan bapanya, yeay!

Melalui kapsyen:-

“Happy New Year 2021! Lots of Love.. Fattah, Fazura and Fatima. ?”

Berdasarkan perkongsian mereka, jelas kelihatan wajah Fatima yang sangat comel.

Bila tengok lama-lama, anda rasa puteri tersebut lebih mirip siapa, Fattah atau Fazura?

Sementara itu, rakan-rakan selebriti tidak ketinggalan untuk menulis komen berdasarkan perkongsian tersebut.

Semoga Fatima membesar dengan sihat dan menjadi puteri yang solehah kebanggaan orang tuanya.

 

Baca artikel berkaitan: Selesai Pantang 44 Hari, Fazura Gembira Cincin Tunangnya Muat Dipakai Kembali!

Sumber: Instagram Nur Fazura dan Fattah Amin

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Bekas pengurus Man United meninggal dunia

London: Bekas pengurus Manchester United dan Scotland, Tommy Docherty meninggal dunia pada usia 92 tahun susulan sakit berpanjangan, menurut keluarganya semalam. 'The Doc' tampil 300 perlawanan bersama Preston, selain turut beraksi dengan Celtic, Arsenal dan Chelsea serta memiliki 25 kap bersama Scotland. Dia kemudiannya menjadi pengurus kepada 12 kelab termasuk Chelsea, Aston Villa, Derby dan mengendalikan skuad kebangsaan Scotland. DOCHERTY membawa United muncul juara Piala FA 1977... Klik sini untuk […]

today1 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *