Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sambut Ulangtahun Kelahiran Ke-20, Doa Neelofa Buat Adiknya Ameera Penuh Makna

today8 December 2020

Background

Siapa tak kenal dengan si cantik manis Little Miss Khan atau Ameera Khan adik kepada Neelofa ni kan?

Memiliki raut wajah seiras selebriti dan usahawan itu, Ameera pada tanggal 8 Disember 2020 telah menyambut kelahirannya yang ke-20.

Menjengah ke laman Instagram Story miliknya, terdapat banyak tangkap layar ucapan daripada teman rapat dan akhli keluarganya telah dimuat naik semula menandakan Ameera dikelilingi orang yang amat menyayanginya.

Ini termasuklah daripada Neelofa sendiri yang tidak mahu ketinggalan memberi ucapan selain menitipkan doa penuh makna buat adik kesayangannya itu:-

“Happy Birthday adikku sayang @littlemisskhan. Moga setiap yang kakak doakan untuk baby, Allah makbulkan. I love youu baby,” tulisnya

Walaupun usianya masih muda, Ameera kini dilihat sedang bergiat aktif dalam memperagakan pelbagai jenama antarabangsa.

Terbaharu, Ameera baharu sahaja melancarkan serta mempromosikan produk jualannya iaitu makanan berbentuk coklat dalam balang.

Wah! Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan? Sama macam kakak.

Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan Happy Birthday buat Ameera dan semoga segala perkara yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..

 

Sumber daripda: Instagram Neelofa

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Yakeb sedia bantu Rehan | Harian Metro

Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan membantu legenda sepak takraw negara, Rehan Mohd Din mengemukakan rayuan semula untuk memperoleh pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, beberapa usaha akan dilakukan pihaknya termasuk cuba mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today7 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *